Skip to main content

MINUM 7-8 GELAS AIR SEHARI? FAKTA KE AUTA??

MINUM 7-8 GELAS AIR SEHARI? FAKTA KE AUTA??



 Fakta kesihatan yang korang leh kick out..

Sebelum ni kita kerap mendengar saranan untuk mengambil 7-8 gelas air sehari. Tapi hakikatnya, kaedah dalam menjaga kesihatan diri sendiri sebenarnya tidaklah begitu terikat dengan garis panduan yang ketat.
 
Menurut ahli psikologi Harvard Medical School~ Alice Domar, penulis Live a Little! Breaking the Rules Won’t Break Your Health: “Kajian telah membuktikan sesiapa sahaja yang menulis tentang garis panduan lama itu tidak mendapat gambaran sebenar, & sebenarnya banyak lagi cara untuk kita mengekalkan kesihatan yg optimum yg tak pernah difikirkan oleh kita sebelum ini. Apa yg lebih menggembirakan, garis panduan/peraturan baru yg diberikan bersifat lebih user friendly”.
 
Peraturan Lama: Minum 8 gelas air sehari
Peraturan Baru: ‘MAKAN’ air kamu
Cadangan supaya kita mengambil 8 gelas air sehari mungkin berdasarkan 1 garis panduan yg pernah diwar-warkan pada 1945.
 Bagaimanapun menurut Howard Murad, MD, penulis The Water Secret, kebanyakan air yang diperlukan oleh badan anda dalam sehari sudah terdapat di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dsb. Murad juga menegaskan, makanan2 ini memberikan tambahan nutrien sebagai ‘bonus’. “Tembikai & timun misalnya bukan sahaja mengandungi lebih 90% kandungan air , tetapi ia juga mengandungi antiosida. Dengan segelas air, apa yg anda dapat hanyalah air. Anda juga dapat mengetahui yang kandungan air dalam badan anda mencukupi apabila urin anda kurang berwarna & anda jarang-jarang merasa dahaga.”
 
Apapun, jangan terlalu risau memikirkan tentang perkara ini. Garis panduan lama (minum 8 gelas air sehari) masih boleh dijadikan syarat asas untuk mengingatkan anda supaya tidak lupa untuk meminum air, tapi perlu dijelaskan disini bahawa tiada bukti secara saintifik di sebalik saranan itu ;)

Comments