Skip to main content

Premium Beautiful Corset membantu Masaalah SAKIT TULANG BELAKANG KAUM WANITA

6 fakta yang mengejutkan mengenai punca sakit belakang
Duduk terlalu lama- Walaubagaimana mahal pun kerusi yang anda beli, anda pasti akan sakit belakang sekiranya duduk dalam jangka masa yang panjang tanpa berehat. Duduk bukan sahaja mengurangkan aliran darah, malah ia meningkatkan lagi tekanan sebanyak 30 peratus terhadap bahagian belakang anda. Untuk mengelakkan kesakitan, anda dinasihatkan untuk berdiri sebentar di setiap sejam anda duduk. Ini dapat mengurangkan risiko anda daripada mendapat sakit belakang. Kasut- Bagi pemakaian kasut tumit tinggi untuk wanita, setiap kali berjalan akan memberi lebih tekanan terhadap lutut, pinggul dan punggung anda. Ia juga akan merubah struktur tubuh anda dan akan menyebabkan berat badan anda tidak dapat diratakan di bahagian belakang badan. Ketidstabilan ini akan menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang. Sekiranya masih berminat untuk memakai kasut tumit tinggi, anda dinasihatkan untuk memakai kasut bertumit yang tidak melebihi daripada 3 inci. Selain daripada itu, kasut yang sekata/flat juga perlu dipilih dengan bijak. Pastikan kasut yang sekata/flat mempunyai penyerap hentakan ketika anda berjalan. Ini berkemungkinan dapat mengurangkan kesakitan belakang. Smartphone/tablet- Alatan berteknologi juga boleh menjadi punca sakit belakang. Pada masa kini, hampir setiap masa manusia menggunakan alatan berteknologi seperti ipads, laptop atau smartphone. Posisi kepala yang menunduk ke bawah ketika menggunakan alatan berteknologi ini akan menyebabkan ketegangan otot pada bahagian leher, dan kesakitan ini boleh merebak sehingga ke bahagian belakang badan anda. Ketika menggunakan alatan ini, pastikan anda sering berehat sebentar dengan memandang lurus kehadapan atau meletakkan alatan ini pada sudut selari dengan mata anda yang tidak memerlukan anda menunduk ke bawah. Berat badan berlebihan- Walau hanya membawa beberapa inci bebanan pada bahagian tengah tubuh, seperti perut buncit atau mengandung, ia akan menyebabkan pelvis(tulang punggung) anda ke hadapan dan akan terkeluar daripada penyelarasan sebenar tubuh badan. Tubuh badan akan bekerja dengan sendirinya untuk menstabilkan keadaan tubuh. Ini akan menyebabkan ketegangan otot dan sakit belakang. Hasil daripada kajian untuk masalah perut buncit, anda dinasihatkan untuk mendapatkan 3 hidangan atau lebih gandum setiap hari. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan 10% lemak pada bahagian perut anda. Kesibukan- Otot boleh menegang ketika anda kepenatan dan juga stress. Stress akan meningkatkan pengeluaran hormon kortisol, yang meningkatkan keradangan dan boleh menyebabkan anda berasa sakit. Mereka yang sering stress juga akan mengalami kesukaran untuk sembuh daripada sakit belakang. Dengan membuat senaman ringan seperti berfikir sambil berjalan boleh membantu meringankan kesakitan belakang dan mengurangkan stress. Kesibukan anda dalam seharian bekerja akan menyebabkan anda berasa sakit belakang adalah kerana otot anda sentiasa berada dalam keadaan tegang. Pemilihan baju dalam yang salah- Bagi wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar, mereka akan membawa berat yang berlebihan pada bahagian depan berbanding wanita yang mempunyai payudara yang lebih kecil. Ini akan menyebabkan keadaan tubuh membongkok dan menyakitkan otot pada bahagian leher dan belakang. Pemilihan baju dalam yang betul dapat memberikan sokongan yang tepat pada tubuh dan akan meminimumkan tubuh badan daripada membongkok ke depan. Ini dapat untuk mengelakkan kesakitan pada bahagian belakang. Hasil daripada kajian, ramai wanita sering mengalami masalah sakit belakang adalah berpunca daripada pemilihan baju dalam yang salah.

Comments

Popular posts from this blog

Sweetality™

Sweetality™ ARE YOU AT “SUGAR RISK”? Sugar at your diet can be naturally occurring or added . Naturally occurring sugars are found naturally in food such as fruits (fructose) and milk (lactose). ¹ Sugar is also naturally available in carbohydrate-rich foods such as rice, noodles, bread, pasta and so much more. ² Meanwhile, added sugars are sugars and syrups added to foods during preparation or processing, or added at the table.¹ The American Heart Association (AHA) recommends daily added sugar amount of NO MORE than 9 teaspoons for men & 6 teaspoons for women. HOW MUCH ADDED SUGAR ARE YOU TAKING A DAY? Many people, in fact, consume MORE SUGAR THAN THEY REALIZE . Malaysians' daily sugar intake. Malaysians consume an average of 26 TEASPOONS of sugar per day³, which is far beyond the recommended daily sugar intake by either AHA or World Health Organization (WHO). Malaysians’ daily sugar intake is on a rising trend. During the 1970’s, Malaysia

PENTINGNYA AIR TERHADAP TUBUH BADAN

Kepentingan Air Terhadap Kesihatan Tubuh Badan   Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.     1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air. Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang. Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa. Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut. 2. Air membantu meningkatkan ten