Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

PERLUKAH ANDA MENGAMBIL AIR BERALKALI (ALKALINE WATER)

PERLUKAH ANDA MENGAMBIL AIR BERALKALI (ALKALINE WATER) Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor MD,MOG (UKM), Fellow GO(S'pore),AM Amalan mengambil air beralkali (alkaline water) sudah lama diamalkan dan pelbagai jenis penapis air dan alat penionan dijual di pasaran untuk menghasilkan air beralkali. Rencana ini akan memberi sedikit maklumat mengenai air beralkali dan saya akan cuba menerangkan kepada anda kedudukan sebenar air beralkali ini dari sudut perubatan moden. Seperti mana yang anda ketahui, air mempunyai pH tertentu supaya ianya menjadi air yang berasid, neutral ataupun beralkali bergantung kepada bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Ada bahan-bahan mineral yang menyebabkan air menjadi beralkali dan ada yang menyebabkannya menjadi berasid. Nilai pH air ditentukan oleh keseimbangan di antara bahan berasid dan beralkali di dalam air. Jika bahan berasid melebihi bahan beralkali, maka air itu akan menjadi berasid. Jika kedua-dua bahan ini seimbang, maka air menjadi neutral