Skip to main content

BAGAIMANA LELAKI DAN WANITA MENGATASI STRESS


BAGAIMANA LELAKI DAN WANITA MENGATASI STRESS 


Perasan atau tak, lelaki dan perempuan mempunyai cara mengatasi stress yang berbeza. Dan perbezaan ini yang disalah anggap oleh pasangan anda sendiri sebab tidak mengetahui apakah yang mereka perlukan pada waktu itu.

Situasi:

# Apabila lelaki menghadapi stress, mereka mula mengasingkan diri, tidak banyak bercakap dan menumpukan pemikiran mereka mencari jalan penyelesaian. 

# Apabila wanita menghadapi stress, mereka mula berkata-kata mengenai masalah yang mereka hadapi kepada pasangan mereka. 

Kesan:

# Para wanita terasa hati dengan si lelaki yang mengasingkan diri dan tidak berkongsi masalah 

# Para lelaki terasa hati kerana masalah yang dihadapi oleh si wanita itu seperti dipertanggungjawab kepada si lelaki, dan si lelaki merasakan dialah penyebab masalah itu. 

Punca:

# Para wanita kena faham bahawa, apabila si lelaki menghadapi masalah, kebiasaannya si lelaki akan mengasingkan diri sendiri untuk mencari jalan penyelesaian. Dan peralakuan ini bukannya merujuk kepada dia tidak tidak sayangkan anda (wanita) tetapi pemikiran si lelaki terganggu sedikit dengan masalah itu. 

# Para lelaki kena faham, penceritaan daripada pihak wanita tentang masalah adalah satu perkongsian emosi. Dan lelaki kena faham, dengan cara perkongsian inilah stress wanita dapat berkurang. Jadi dengarlah dengan baik. 

Cara mengatasi:

# Para wanita boleh memberi sedikit ruang kepada pihak lelaki untuk bersendirian. Bagi dia peluang buat benda dia suka, baca surat kabar, main game dan sebagainya, di samping cucuk-cucuk sedikit soalan bertanyakan khabar tentang dia dan masalah dia. Apabila dia bersedia, dia akan berkongsi masalah itu dengan anda. Jika tidak, jangan terlalu mendesak, dan terasa hati kerana perbuatan si lelaki yang tidak berkongsi itu. 

# Para lelaki boleh mendengar masalah itu dengan baik tanpa menyalahkan diri sendiri dengan masalah yang dihadapi oleh wanita itu. Masalah itu bukan berpunca daripada anda. Pihak wanita mahu berkongsi secara emosi dengan anda. Dengarlah dengan baik. 

Apa yang dikongsi ini mungkin tidak berlaku pada anda, dan mungkin ada perlakuannya antara lelaki dan wanita yang terbalik. 
Jadi ambillah yang mana berkaitan. 

Tentu sahabat pun ada tip yang terbukti berkesan mengatasi stress. 
Sudi2 kongsikan ya.. Be strong, be dynamic, be positive!

(Kredit kepada John Gray, Men are from Mars, Women are from Venus)

Comments

Popular posts from this blog

Sweetality™

Sweetality™ ARE YOU AT “SUGAR RISK”? Sugar at your diet can be naturally occurring or added . Naturally occurring sugars are found naturally in food such as fruits (fructose) and milk (lactose). ¹ Sugar is also naturally available in carbohydrate-rich foods such as rice, noodles, bread, pasta and so much more. ² Meanwhile, added sugars are sugars and syrups added to foods during preparation or processing, or added at the table.¹ The American Heart Association (AHA) recommends daily added sugar amount of NO MORE than 9 teaspoons for men & 6 teaspoons for women. HOW MUCH ADDED SUGAR ARE YOU TAKING A DAY? Many people, in fact, consume MORE SUGAR THAN THEY REALIZE . Malaysians' daily sugar intake. Malaysians consume an average of 26 TEASPOONS of sugar per day³, which is far beyond the recommended daily sugar intake by either AHA or World Health Organization (WHO). Malaysians’ daily sugar intake is on a rising trend. During the 1970’s, Malaysia

PENTINGNYA AIR TERHADAP TUBUH BADAN

Kepentingan Air Terhadap Kesihatan Tubuh Badan   Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.     1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air. Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang. Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa. Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut. 2. Air membantu meningkatkan ten